Tuesday, May 12, 2009

UJIAN ALLAH


KOSMO (31 DISEMBER 2008)
Budak hilang 18 jam ditemui selamat
Oleh KAMARUDIN HAMZAHberita@kosmo.com.my


BESUT – Penduduk Kampung Hutan Nangka di sini terkejut apabila seorang kanak-kanak yang hilang selama 18 jam akibat dihanyutkan arus sungai akhirnya dijumpai dalam keadaan selamat.
Ketika ditemui pukul 10 pagi semalam, Nur Natasha Adawiah Mohd. Shaidi, 6 tahun seorang kanak kanak istimewa duduk dengan muka ditutup dengan lutut kesejukan di tepi sungai lebih kurang 1 km dari tempat kejadian.
Menurut datuk saudaranya, Zakaria Daraoh, 50, Nur Natasha dikatakan pergi ke sungai yang jaraknya kira-kira enam meter dari rumah datuknya pukul 4 petang kelmarin.
Berdasarkan kesan tapak kaki yang ditemui, mangsa dipercayai tergelincir ke dalam sungai.
Ujarnya, kehilangan Nur Natasha disedari datuknya Salleh Daraoh dan bapanya Mohd. Shaidi Talib yang kemudian membuat laporan polis.
Bagaimanapun katanya, selepas operasi mencari dibuat sehingga lewat petang kelmarin, dia masih gagal ditemui.
Apabila operasi mencari disambung semula pagi semalam, dia dan seorang rakan ternampak seorang kanak-kanak sedang duduk di tebing sungai.
“Ketika ditemui, Nur Natasha menundukkan muka dan apabila ditegur barulah dia mendongak dan menangis perlahan-lahan,” kata Zakaria.
Yang menghairankan katanya, Nur Natasha ditemui di seberang sungai dari tempat dia disyaki tergelincir.
Katanya, mangsa yang tidak bermaya dihantar ke Hospital Besut untuk rawatan.
Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.

No comments:

PENARAFAN ASRAMA

D BAHTERA SMV BESUT BERSAMA KETUA WARDEN PENYELIA KANAN DAN KONTRAKTOR MAKAN TENGAHARI D SMV TANAH MERAH BERSAMA MANTAN WA...