Friday, June 26, 2009

APA NAK JADI ANAK-ANAKKU





Surau jadi tempat seksaan
Lima pelajar dibelasah selepas solat witir


Oleh SHAHRULANOOR ISHAK (KOSMO 21 JUN 2009)

KUALA ROMPIN - Lazimnya surau menjadi tempat beribadat namun lain pula ceritanya bagi lima pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Rompin di sini yang menyifatkan ia sebagai tempat penyeksaan ala penjara Abu Gharib, Iraq.

Seorang daripada pelajar terbabit mendedahkan, bukan sahaja Mohd. Ashraf Abdul Aziz, 15, yang dibuli hingga pengsan oleh sekumpulan pelajar senior di surau itu malah dia bersama tiga lagi rakan turut menjadi mangsa dalam kejadian yang sama.

Pelajar tingkatan tiga yang enggan dikenali itu memberitahu, selepas Ashraf dibelasah pada pukul 1 pagi, dia dan tiga lagi pelajar junior turut dipukul secara bergilir-gilir di surau tersebut.

"Pada malam itu (Khamis) sebaik selesai solat witir, kami dipanggil seorang demi seorang ke bahagian pelajar perempuan dan dibelasah mengikut giliran selepas kumpulan pelajar senior tidak puas hati dengan kami.

"Saya yang terakhir dipanggil dan sebelum tiba giliran, saya terdengar jeritan kawan-kawan yang dibelasah," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Pelajar tersebut diberi cuti oleh pihak sekolah bersama empat lagi rakannya termasuk Ashraf selepas kejadian itu.

Menceritakan kejadian buli itu, mangsa berkata, setiap kali rakan-rakannya dipanggil masuk ke bahagian belakang surau disebalik tabir, lampu akan dipadamkan dan kedengaran hanya suara kumpulan pelajar senior yang seronok membelasah dan teriakan mangsa.

Ulasan: SEDIH MEMANG SEDIH PASAL YANG KENA ANAK SENDIRI PULAK.................. semoga menjadi iktibar kepada semua pihak, bagi anak- anak jangan ikut perasaan AMARAHMU, bagi guru-guru jalankan tugas dengan penuh dedikasi dan kepada ibubapa asuhlah anak- anak kita dengan sebaik mungkin semoga besar nanti jadi orang- orang yang soleh insyaallah kita selamat dunia dan akhirat...............sekian dari ibnu rahman





No comments:

PENARAFAN ASRAMA

D BAHTERA SMV BESUT BERSAMA KETUA WARDEN PENYELIA KANAN DAN KONTRAKTOR MAKAN TENGAHARI D SMV TANAH MERAH BERSAMA MANTAN WA...