MENCARI REDHA ALLAH
SENTIASA RASA BERTUHAN
Sunday, September 18, 2011
PENARAFAN ASRAMA
D BAHTERA SMV BESUT BERSAMA KETUA WARDEN PENYELIA KANAN DAN KONTRAKTOR
MAKAN TENGAHARI D SMV TANAH MERAH BERSAMA MANTAN WARDEN ROMPIN
Monday, June 28, 2010
Monday, February 1, 2010
Saturday, July 25, 2009
Friday, June 26, 2009
APA NAK JADI ANAK-ANAKKU
Surau jadi tempat seksaan
Lima pelajar dibelasah selepas solat witir
Oleh SHAHRULANOOR ISHAK (KOSMO 21 JUN 2009)
KUALA ROMPIN - Lazimnya surau menjadi tempat beribadat namun lain pula ceritanya bagi
Seorang daripada pelajar terbabit mendedahkan, bukan sahaja Mohd. Ashraf Abdul Aziz, 15, yang dibuli hingga pengsan oleh sekumpulan pelajar senior di surau itu malah dia bersama tiga lagi rakan turut menjadi mangsa dalam kejadian yang sama.
Pelajar tingkatan tiga yang enggan dikenali itu memberitahu, selepas Ashraf dibelasah pada pukul 1 pagi, dia dan tiga lagi pelajar junior turut dipukul secara bergilir-gilir di surau tersebut.
"Pada malam itu (Khamis) sebaik selesai solat witir, kami dipanggil seorang demi seorang ke bahagian pelajar perempuan dan dibelasah mengikut giliran selepas kumpulan pelajar senior tidak puas hati dengan kami.
"Saya yang terakhir dipanggil dan sebelum tiba giliran, saya terdengar jeritan kawan-kawan yang dibelasah," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Pelajar tersebut diberi cuti oleh pihak sekolah bersama empat lagi rakannya termasuk Ashraf selepas kejadian itu.
Menceritakan kejadian buli itu, mangsa berkata, setiap kali rakan-rakannya dipanggil masuk ke bahagian belakang surau disebalik tabir, lampu akan dipadamkan dan kedengaran hanya suara kumpulan pelajar senior yang seronok membelasah dan teriakan mangsa.
Ulasan: SEDIH MEMANG SEDIH PASAL YANG KENA ANAK SENDIRI PULAK.................. semoga menjadi iktibar kepada semua pihak, bagi anak- anak jangan ikut perasaan AMARAHMU, bagi guru-guru jalankan tugas dengan penuh dedikasi dan kepada ibubapa asuhlah anak- anak kita dengan sebaik mungkin semoga besar nanti jadi orang- orang yang soleh insyaallah kita selamat dunia dan akhirat...............sekian dari ibnu rahman
Sunday, June 21, 2009
:: PESANAN DARI SEORANG AYAH ::
Kamu adalah hamba,kau mulakanlah hidupan dengan bisikan niat yang tulus ikhlas bahawa dalam setiap gerak denyut hidup ini lahir dan batin semuanya teruntuk hanya kepada zat yang menjadikan hidupmu.
Anakku,
Ingatlah statusmu cumalah seorang hamba berperanan sebagal wakil Allah untuk menjalankan undang-undang Allah dl muka bumiNya ini. Ertinya kamu wajib menghambakandiri kepada setlap kata dan suruhan Allah kepadaMu. Jangan hambakan diri kepada nafsu tapi hambakan kepada kehendak Allah semata-mata.Untuk itu kau mesti miliki rasa kehambaan disetiap detik hidupmu. Mintalah kepada Allah supaya direzekikan kau hati seorang hamba.Kau bertuah kalau Allah perlakukanmu untuk sering merasa bahawa kamu adalah seorang hamba dan malanglah kamu kalau hatimu lalai dari sifat ini.
Seorang hamba yang taat didalam taatnya kepada Tuhannya sesungguhnya akan bersusah hati setiap kali selesai ibadahnya. Gementar hatinya kèrana bimbangkan hadiah yang tidak diterima.Bahkan akan menjadi sebab kemurkaanNya. Sekall-sekali tldak terlintas dihatinya bahawa ibadahnya itu kehebatannya. la hanya keupayaan anugerah yang belum pasti nllainya di sisi Allah.Lalu dilupakan saja nikmat itu yang tinggal ialah kebimbangan tentang keputusannya nanti.
Kamu tentu tahu bahawa nafsumulah yang merosakkan hidupmu.Kau hanya akan selamat kalau berjaya terhadap nafsumu. Kau wajib didik ia sampai menjadi mutmainnah (iaitu nafsu yang akan menjadikan kamu tenang) tldak lagi keluh kesah, gelisah,gopoh-gapah, melenting-lenting dan tidak bahagia. Adapun caranya mendidik nafsu yang terpenting ialah kau zikir.Yakni fahamilah maksud Allah.Kau kekang nafsumu dengan ilmu tentang salahnya pendapat nafsu dibandingkan dengan maksud-maksud Allah lalu kau junjunglah kehendak Allah dan lawanlah runtunan nafsumu sungguh-sungguh.
Sesungguhnya zikir yang agung ialah ibadah sembahyang.Sembahyang secara faham tentang keagungan cinta Tuhan kepada kamu.sembahyang yang membawa kau mikraj kehadrat Allah, hingga kau benar-benar rasa hamba lalu menghambakan seluruh hidup kepadanya. Dengan itu nafsumu akan dapat dijinakkan. Jadilah dia dengan perlahan-lahan mutmainnah.Dla tidak lagi mengganggumu dengan sombong, riak, bakhil, gelisah, gopoh-gapah, cinta dunia dan segala mazmumah. Kau akan jadi hamba yang taat dalam taat. Waktu itu kau akan mampu membawa rasa kehambaan kemana-mana. Maka jadilah kamu anakku benar-benar seorang hamba Allah.
Friday, May 15, 2009
PENGHALANG DOA
Biasanya terhijab doa adalah kerana dosa-dosa besar yang pernah kita lakukan dan salah satu cara untuk mengatasinya dengan bertaubat nasuha yakni taubat yang sungguh-sungguh.
Di sini dibentangkan lapan belas perkara yang menjadi hijab atau penghalang doa:
1. Orang yang membunuh orang lain tanpa tujuan.
2. Orang yang menaburkan cerita yang belum tentu sahih
3. Orang yang melakukan pekerjaan yang serupa binatang.
4. Orang yang mengekalkan minum arak atau benda-benda lain yang boleh memabukkan.
ALLAH telah berfirman: ”Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu dan menghalangi kamu dari mengingati ALLAH dan sembahyang, maka berhentilah kamu dari mengerjakan pekerjaan itu. ” AI Maidah: 91. Keterangan di atas sesuai dengan Hadis Rasulullah SA W yang bermaksud ’Semua minuman yang memabukkan adalah arak dan semua arak adalah haram. ” Riwayat Muslim
5. Orang yang mengekalkan zina, iaitu dosa besar yang tidak akan diampunkan selama-lamanya.
6. Orang yang menderhakai ibubapanya atau salah seorang daripadanya. ALLAH telah berfirman; ”Dan Tuhanmu telah mnnerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dari-Nya dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. Jika seseorang di antara keduanya atau kedua-duanya telah tua jangan kamu keluarkan perkataan kasar terhadap keduanya dan hendaklah kamu ucapkan perkataan yang mulia (lemah-lembut).Rendahkanlah sayap kehinaan kerana cinta kepadanya dan hendaklah engkau katakan ”Wahai Tuhan kasihilah kedua ibubapa kami dan berilah Rahmat-Mu. Biasanya terhijab doa adalah kerana dosa-dosa besar.....Untuk mengatasinya bertaubatlah dengan taubat nasuha; taubat yang sungguh-sungguh kepada keduanya, sebagaimana mereka mendidik kami di waktu kecil.”Al Israk: 23-24
7. Orang yang mengerjakan suatu pekerjaan yang menyalahi syariat seperti berSIHIR.
8. Ahli nujum yang mengkhabarkan nasib orang lain sedangkan kehidupan kita dari alam roh hingga ke akhir hayat telahpun ALLAH tetapkan sejak azali lagi.
9. Orang yang hasad dengki sesama umat Islam. Dia suka orang lain ALLAH timpakan bala malah mencemburui seandainya orang lain yang dikurniakan nikmat Tuhan.
10. Orang yang suka mengadu domba, memukul canang kepada orang lainsupaya timbul pecah-belah antara kedua belah pihak. Kadangkala mengakibatkan kedua-dua pihak itu tidak bertegur sapa selama lebih dari tiga hari tanpa keuzuran syarie.
11. Orang yang suka mengumpat hal orang lain terutama terhadap orang-orang alim yang cinta dengan ALLAH
12. Orang yang mengambil cukai dari harta manusia tanpa redha mereka. Inilah perkara yang paling ditakutikerana ketika di dalamkubur lagi akan ditimpakan azab yang pedih.
13. Orang yang menjual barang dengan cara yang haram, mengangkat jual beli dengan sumpah yang dusta, contohnya menaikkan harga barang-barang dua tiga kali gandanya dari harga asal. Menipu dalam sukatan dan timbangan dan memakan harta riba.
14. Orang yang membenci para sahabat Rasulullah SAW.
15. Orang yang menunjuk-nunjuk diri dengan gayanya yang lemah-longlai seperti mayang di depan orang lain supaya mereka merasa kagum dengan kecantikkannya.
16. Orang yang bermain catur dan judi.
17. Orang yang bermain gendang yang kecil di tengahnya, luas di kedua tepinya tetapi tepi yang ada kulit itu lebih luas daripada yang tiada berkulit. Kalau di zaman sekarang ini kompang dan gendang yang dibubuh lingkaran rotan di dalamnya supaya terdengar bunyi gentanya yang mengasyikkan.
18. Orang yang bermain rebab, biola dan seruling (serunai). Oleh itu sebagai nasihat kepada kita bersama, jika kedapatan perkara-perkara yang dibentangkan itu pada diri kita, bertaubatlah segera dengan taubat nasuha. Agar kita mendapat falah (kemenangan) di Akhirat sebelum datangnya maut. Tinggalkanlah perkara-perkara yang boleh melalaikan kita dari mengingati ALLAH juga perkara-perkara yang menjauhkan diri kita dari-Nya. Semuga ALLAH SWT menggantikan dengan sebesar-besar kurnia dan RahmatNya sebagai penutup segala perbuatan jahat yang lampau. Allah telah berfirman; ”Sesungguhnya segala amal yang baik menghapuskan akan segala perbuatan yang jahat. ”
Doa: Ampunkan kami wahai Tuhan
Ampunkan dosa kami Tuhan!
Kami selalu membuat dosa
Maafkan kami Tuhan Agar selamat kami dari neraka
Anugerahkan kami taubat Tuhan
Engkau adalah penerima taubat
Kami tidak mampu masuk nerakaMu
Kerana azabnya gerun dan dasyat tidak terperi
Dengan rahmatMu, ampunkanlah kami
Atau dengan kemaafanMu ampunkanlah kami
Kalau Engkau azab kami Kamikan hambaMu jua, Tuhan
Engkau ampunkan kami, kebesaranMu tidak jejas
Engkau ampunkan kami, keagunganMu tetap tidak tergugat
Kerana tiada siapa yang boleh menggugat
Kerana siapa itu adalah ciptaanMu
Kami senantiasa mengharap, kami senantiasa meminta
Kami tidak akan putus asa denganMu selama-lamanya
Kami tidak jemu-jemu meminta
Hinggalah dengan rahmatMu
Dosa kami Engkau ampunkan
DOA BERSIH DARI DOSA
Ya Allah, Tuhan yang menjadikan hambaMu ini
HambaMu yang dhaif lagi lemahYang nafsu selalu menggoda
Syaitan sentiasa memperdaya
Bagaimanalah aku boleh bersih dari dosa
Bagaimanalah aku boleh lari dari bersalahYa Allah,
aku memohon dengan rahmatMu
Aku meminta dengan kasih sayangMu
Berilah aku kekuatan menjaga diri
Dari godaan nafsu dan tipu daya syaitan
Kalau aku membuat dosa dan kesalahan
Ingatkanlah aku untuk bertaubat
Taubatku itu Engkau terimalah
Begitulah setiap kali aku membuat dosa
Engkau ingatkan lagi untuk bertaubat
Seterusnya Engkau terimalah taubatku lagi
Kerana orang yang bertaubat seperti orang yang tidak berdosa
Moga-moga waktu aku kembali kepadaMu
Bersihlah aku daripada dosa-dosa
KemurkaanMu pun sudah tiada lagi
Selamatlah aku daripada neraka
Itulah yang aku harapkan dariMu Tuhan
Terimalah permintaanku ini
Ya Rahim ya Rahman.
DOA ILMU YANG BERMANAFAAT
Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak diamalkan
Aku berlindung denganMu daripada ilmu untuk kemegahan Tuhan,
ilmu itu adalah cahaya penyuluh kehidupan
Jangan pula kehidupan orang tersuluh,
kehidupanku kegelapanTuhan,
aku memohon kepadaMu janganlah ilmu itu menjadi beban
Di akhirat kelak menjadi hujjah dan saksi mengapa aku tidak amalkan
Ya Allah, aku memohon kepadaMu bertambah amalku
Jangan sampai usahaku orang lain selamat, aku tidak Ya Allah,
aku berlindung denganMu daripada ilmu untuk mujadalah
Bukan membantuku untuk beribadah dan bertaqwa
Tuhan, aku berlindung denganMu jangan sampai ilmuku melaknatku semula
Kerana bermegah-megah dan tidak amalkan
Jadikanlah aku bertambah-tambah ilmu bertambah dekat dengan Tuhan
Bertambah ilmu bertambah ibadah dan amalan
Tuhan, jadikanlah ilmuku boleh memimpin diri dan orang lain
Boleh menyuluh hatiku dan menyuluh hati orang
Seterusnya jadikanlah ilmu itu sentiasa memberi manafaat dan syafaat
DOA : PELIHARA IBADAH DAN KEBAIKAN
Tuhan Janganlah ibadahku merosakkan aku
Begitu juga janganlah kebaikan aku durhaka dengan MuYa Allah,
jadikanlah kekuranganku menyelamatkan aku
Kelemahanku aku merendah diri dengan Mu
Dan itulah yang menjadi Engkau cintakan aku
Ya Allah, jadikan seluruh kebaikan untuk keredhaanMu
Bukan hendakkan syurga Mu
Jadikanlah setiap amal kebajikan yang aku buat aku sedih dengan kekurangannya
Janganlah kebaikan itu menjadikan aku senang dan tenang dan hilang takutku pada Mu
Aku berlindung dengan Engkau, ibadahku menghijab di antara Engkau dan aku
Ia jadi bala bagiku tanpa aku sedari dan tanpa aku tahu
Tuhan, janganlah dengan ibadah dan kebaikan aku
Aku jadi muflis ketika bertemu Mu
Ya Allah janganlah kepujian dan cercaan orang padaku, aku jadi berdosa
Tapi jadikanlah kedua-dua pahala bagiku bukan jadi bala kepadaku
Tuhan Engkau rasakanlah kepadaku setiap kali berbuat baik aku berbuat dosa
Agar aku tidak bangga lagi dengan kebaikan aku
Bahkan aku lupakan sahaja kebaikan itu
seolah-olah aku tidak pernah berbuat kebaikan itu
Tuhan selamatkan aku daripada membuat dosa yang memang berdosa
Juga janganlah kebaikan aku juga jadi dosa dan durhaka
Ya Allah, itulah hal-hal yang amat kami hajatkan
Moga-moga sebelum tangan yang kami tadah ini disapukan ke muka dan
jatuh kembali limpahkanlah cahaya guru mursyid kami ke tapak-tapak tangan kami
untuk kami sapukan ke wajah dan akan meresap ke hati
supaya kami mampu menjejaki rohnya
untuk benar-benar merasa hamba dan menyembahMu
Akhirnya perkenanlah ya Allah, amin
DOA MUNAJAT: REZEKIKAN RAHMATMU
Tuhan! Rezekikan aku rahmat-Mu selalu
Di mana sahaja bumimu aku pijak mendapat keredhaan-Mu
Ke mana sahaja aku pergi, mengutip pahala-Mu
Di waktu bila aku bersalah, Engkau ingatkan aku
Aku pun memohon ampun, Engkau terima selalu
Tuhan aku adalah hamba-Mu
Jangan Engkau rungkai rasa kehambaan dari jiwaku
Engkau sematkanlah di dadaku
Agar aku bawa ke mana mana
Itulah bintang kehormatan-Mu yang Engkau anugerahkan padaku
Alangkah indahnya aku merasa diri ini hamba
Sungguh bahagia bintang kehambaan tersemat di dada
Itulah temanku bawa menemui-Mu Ya'Allah
Engkau adalah Tuhanku yang Maha Pengampun
Aku adalah hamba-Mu, pohon ampun Alangkah bahagia aku menjadi hamba-Mu
Alangkah mulianya aku, Engkau menjadi Tuhanku
Berilah aku rezeki yang halal di mana aku berada
Berilah aku kawan yang setia di bumi mana aku tinggal
Janganlah tinggalkan aku keseorangan tanpa-Mu
Perhatikanlah aku di mana-mana .
Pimpinlah aku di mana berada Aku adalah hamba-Mu
Janganlah Engkau tarik rasa kehambaan dari jiwaku
Kerana itulah kebahagiaan yang menjadi keredhaan-Mu
Tuesday, May 12, 2009
UJIAN ALLAH
KOSMO (31 DISEMBER 2008)
Budak hilang 18 jam ditemui selamat
Oleh KAMARUDIN HAMZAHberita@kosmo.com.my
BESUT – Penduduk Kampung Hutan Nangka di sini terkejut apabila seorang kanak-kanak yang hilang selama 18 jam akibat dihanyutkan arus sungai akhirnya dijumpai dalam keadaan selamat.
Ketika ditemui pukul 10 pagi semalam, Nur Natasha Adawiah Mohd. Shaidi, 6 tahun seorang kanak kanak istimewa duduk dengan muka ditutup dengan lutut kesejukan di tepi sungai lebih kurang 1 km dari tempat kejadian.
Menurut datuk saudaranya, Zakaria Daraoh, 50, Nur Natasha dikatakan pergi ke sungai yang jaraknya kira-kira enam meter dari rumah datuknya pukul 4 petang kelmarin.
Berdasarkan kesan tapak kaki yang ditemui, mangsa dipercayai tergelincir ke dalam sungai.
Ujarnya, kehilangan Nur Natasha disedari datuknya Salleh Daraoh dan bapanya Mohd. Shaidi Talib yang kemudian membuat laporan polis.
Bagaimanapun katanya, selepas operasi mencari dibuat sehingga lewat petang kelmarin, dia masih gagal ditemui.
Apabila operasi mencari disambung semula pagi semalam, dia dan seorang rakan ternampak seorang kanak-kanak sedang duduk di tebing sungai.
“Ketika ditemui, Nur Natasha menundukkan muka dan apabila ditegur barulah dia mendongak dan menangis perlahan-lahan,” kata Zakaria.
Yang menghairankan katanya, Nur Natasha ditemui di seberang sungai dari tempat dia disyaki tergelincir.
Katanya, mangsa yang tidak bermaya dihantar ke Hospital Besut untuk rawatan.
Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.
Sunday, April 26, 2009
PESANAN IMAM AL GHAZALI
1 - Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati."Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." ( Surah Ali Imran 185 )
2 - Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. LaluImam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
3 - Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?"Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu"Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam ."Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." ( Surah Al A'araaf 179 )Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .
4 - Pertanyaan keempat adalah, " Apa yang paling berat di dunia ini?" Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah""Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." ( Surah Al Ahzaab 72 )Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.
5 - Pertanyaan yang kelima adalah, " Apa yang paling ringan di dunia ini?".Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.
6 - Lantas pertanyaan ke enam adalah, " Apakah yang paling tajam di dunia ini?".Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
Saturday, April 25, 2009
13 WASIAT RASULULLAH S.A.W KEPADA MENANTUNYA
Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas: Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:
1. Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).
2. Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah'. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.
3. Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar: "Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" ( Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".
4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka.
5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga. 6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.
7. Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.
8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.
9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi. Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan.
10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankah diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.
11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.
12. Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.
13. Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau. Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan
PENARAFAN ASRAMA
D BAHTERA SMV BESUT BERSAMA KETUA WARDEN PENYELIA KANAN DAN KONTRAKTOR MAKAN TENGAHARI D SMV TANAH MERAH BERSAMA MANTAN WA...
-
TANGGAL 27 REJAB (19 JULAI 2009) KEMALANGAN TELAH MELANDA CBD4856 ALHAMDULILLAH TIADA KEMALANGAN JIWA cuma kerosakan kepada vanette saja SYU...
-
KOSMO (31 DISEMBER 2008) Budak hilang 18 jam ditemui selamat Oleh KAMARUDIN HAMZAH berita@kosmo.com.my BESUT – Penduduk Kampung Hutan Nangka...